plumrose

button

Terdengarlah alkisah....

Terdengarlah alkisah sebuah bahtera yang dipanggil "Bahtera
Fisabilillah". .Berlayar dari laut sumatera ke laut melaka. Pelayaran
itu mengambil masa yang agak lama dan begitu banyak ombak menghempas
disepanjang perjuangan.

Nakhoda sering dengan kompas `Alquran dan
Sunnah' agar kapal tidak tersalah arah. Beliau tidak pernah melupakan
anak-anak kapalnya, kasih dicurahkan tak kira siapa pun anak
kapalnya, sering kali tazkirah permata dihampar kepada anak-anak
kapal yang mendahagakan nasihat.. tarbiyah menjadi misi..

lantas, ramailah mata-mata srikandi menjadi merah tatkala
mendengar nasihatnya.. menangis tersedun sedan dek sentuhan
jiwa..sehingga mengegarkan Bahtera Fisabilillah.. Alunan zikir
dan munajat didendangkan menusuk tiap jiwa..

Manakala,panglima- panglima kapal mengemudikan kapal,meronda
ke tiap-tiap kabin,melabuhkan sauh pada perhentian dakwah serta
banyak lagi.. kapal dikemudi dengan berhati-hati dek ombak kafirun
yang semakin menganas, ingin menengelamkan para akhawat
kapal..sepanjang pelayaran, telah diisikan masa akhawat kapal dengan
tarbiyah..memantapk an peribadi para akhawat kapal dengan 10
muwasofat..

Lalu sauh dilabuhkan pada rentas masa tertentu untuk para
srikandi berjuang pada perhentian dakwah..disepanjang
perhentian,semakin ramai bilangan akhawat kapal dengan izin
Allah..namun, tidak kurang jua bilangan yang jatuh pada
perjalanan.. yang tidak lagi kembali dek kurangnya tarbiyah dzatiyah
dan persiapan keimanan..para akhawat kapal tiada henti mendoakan
sahabat yang dikasihi..

Kemudian, akhawat yang tertinggal melambai kembali dan
mendayung sampan untuk naik semula ke kapal..begitulah keimanan
kita..datang dan pergi umpama ombak dilautan..maka, berdoalah para
akhawat dan srikandi kapal di bahagian atas kapal agar tidak
dipalingkan hati mereka setiap kali membentuk bulatan "halaqah".

Rentetan peristiwa itu, Srikandi dan Panglima-panglima itu sepakat membuat ikatan yang teguh utuk menyelamatkan
akhawat kapal dari tengelam ke lautan duniawi..tali ikatan mereka
adalah dengan Qiam,Iftar,Tazkirah dan banyak lagi..
…bertepuklah tangan akhawat kapal kerana tidak sabar ke
program yang dirancang sehingga mengejutkan tidur para ikan-ikan..

Terdapat juga akhawat kapal yang tertidur di kabin kapal dek
keletihan duniawi lebih-lebih lagi selepas menghadapi `ujian
kepintaran' yang telah diadakan baru-baru ini.. Namun kasih Allah
tiada bertepi, lantas mereka bangun jua berlari kearah murabbi
masing2..bertanyaka n agenda..begitulah semangat para srikandi
sehingga mengegarkan lantai-lantas kapal dek semangatnya mereka..

Pada satu keheningan malam (tajuk lagu hijjaz), terdapat
beberapa akhawat yang berlari menangis ke beranda kapal, letih pada
pelayaran..tidak kurang juga seorang akhawat yang leka dengan kotak-
kotak aneka dari para kafirun yang dijumpa tersadai…Ada juga akhawat
yang diuji kehendak duniawi lain..Hati mereka mula berkocak, imannya
mula goyah, amalan mereka menurun, terasa hati semakin jauh dengan
sahabat-sahabat yang lain..

Lalu tersedar beberapa akhawat itu bahawa mereka harus
menjaga iman, mereka tidak mampu menjaga iman dengan berseorangan. .
ombak kan sering berkocak menghempas Bahtera Fisabilillah
para akhawat kapal bangkit dan berkejaran merebut tali keimanan agar
tidak terhumban kelautan kafirun..Lalu ada jua yang tersungkur jatuh
dek kurangnya pautan pada tali keimanan..lantas, ada yang
ketinggalan. .namun, perjalanan dakwah kan terus berjalan………………

Begitulah kita akhawat fillah, iman kita sering turun naik
dan kita tidak tahu adakah kita akan mati dalam keadaan husnul
khotimah?? Lantas, kita memerlukan sahbat lain untuk saling
mengingatkan. .kita juga umpama bateri, kita perlukan cas-cas untuk
menguatkan iman kita dalam perjungan ini..pelbagai aktiviti yang
telah disediakan.. sambutlah seruan Rabbmu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

alkisahnya seorang so-called DAIE....

Seorang Daie yang hanya pada NAMA!!

Dakwah adalah garis usia yang lekat mewarnai sejarah perjalanan kehidupan manusia.Perjalanan dakwah dari semasa ke semasa sentiasa menghadapi halangan dan rintangan masing-masing. Lantas,jalan dakwah ini bukanlah permadani merah yang mengangkat susuk daie itu untuk dijunjung atau agar dilihat baik..Dakwah sentiasa menemukan manusia-manusia terbaik untuk mendukungnya…manusia yang berjuang dengan pengorbanan

انْفِرُواْ خِفَافاً وَثِقَالاً وَجَاهِدُواْ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ [التوبة : 41]

“TIADA PERJUANGAN TANPA PENGORBANAN”
Duhai pejuang islam, amat sedih bila kita melihat para “so-called daie” yang melaungkan kebenaran dan perjuangan islami..namun, begitu juga mereka punya virus-virus yang menghalang keberkesanan dalam penyampaian dakwah mereka “quwwatu taksir”..

*Mengaku sebagai Daie yang kononnya memberkas para pembuat maksiat..tapi mempunyai masalah ikhtilat sesama “ikhwah akhawat” padahal cinta islami sebelum kahwin itu TIDAK PERNAH WUJUD..!! sehingga msg-msg peringatan atau gurau senda sesama para daie dan daieyah menjadi perkara biasa…sehinggakan bertanyakan khabar itu menjadi alunan yang indah dimata teapi akhirnya menimbulkan penyakit hati….sedarkah mereka juga telah melakukan maksiat!!!!

*Mengaku sebagai Daie yang melaungkan bahaya serangan pemikiran”ghazwul fikri” tetapi tidak ubah dengan insan kebanyakan juga..lalai dalam drama2 korea dan sbgainya..

*Mengaku sebagai Daie yang berpesan pada ibadat namun, solatnya tidak diiringi dengan sunat2 padahal yang membezakan para daie dengan orang kebanyakan adalah SOLAT SUNATNYA!! Lalu, layakkah dia digelar sebai pejuang kebenaran!!

*Mengaku sebagai Daie yang kononnya risau akan masalah ummat dan masjidil aqsa namun masih bergurau senda dan ketawa terbahak-bahak????apakah kerisauan itu hanya pada perkataan semata-mata..


sesungguhnya jalan dakwah ini adalah jalan mereka yang serius bukanlah mereka yang manja..BUKAN JUA JALAN POPULARITI…..ini jalan mulia atau mati syahid….

ِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْداً عَلَيْهِ حَقّاً فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ [التوبة : 111]

"berjuang didunia berharap pertemuan disyurga"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pening pusing...

salam..

Hari masih terasa kehangatannya dek panasnya musim xm di UIA gombak..
teman-teman pun telah menukar kepada gear 3...
amat merunsingkan bila memikirkan diri sendiri...
dimana semngat juangmu!!!
adik-adik dan sahabat dikasihi meminta nasihat untuk mem'booster' mereka dalam menghadapi final xm..

terngiang-nging di ingatan....
"li ma taqulu ma la taf'alun....."

kepala terasa sesak dengan agenda-agenda yang perlu diuruskan...
1.program

2.mengajar fardhu ain, solat n mengaji....sorang jer..

3.kena tolong urus pertunangan kwn..."xtaula ada bakat ke tak nak wat hantaran"

4.belaja BA

5.Novel yang belum disiapkan...janji hanya tinggal janji...to editor: maaf atas kelewatan sy (ayat yang sudah lali di telinga beliau"

dan....SUME NI KENA SETTLE BEFORE START SEM!!!!!!!!!

chaiyuk chaiyuk...
apapunn, Alllah ghayatuna..

"berjuang di dunia berharap pertemuan di syurga"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GHAZWUL FIKRI : Superman vs RASULULLAH



Rasulullah saw bersabda,
“Akan datang suatu masa dimana bangsa-bangsa memperebut kalian sebagaimana sekelompok pemakan memperebut makanan di nampan”
Para sahabat bertanya,
“Apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada waktu itu wahai Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab,
“Tidak..!! bahkan jumlah kalian saat itu sangat banyak, akan tetapi kalian saat itu seperti buih di lautan”

Wahai sahabat sekelian,
Adakah hadith ini hanya untuk kita dengar dan hafal kerana ingin memenuhi keperluan ‘aqal semata-mata?? Atau kita jadikan hadith ini sbgai pedoman dalam hidup kita?? Pernahkah anda berfikir, kenapa ya bisa perkara ini berlaku?? banyak tapi xberguna(maaf pada penggunaan bhsa yg kasar, tapi itu realitinya)..jawapan sudah tentu kerana hubbu dunya wa qarahiyyah maut. Maka berfikir lagi, kenapa ya bisa begitu???
Macam quiz la plak..padahal jawapannya sudah tertera.. ghazwul fikri la antara penyebabnya kerana mereka tahu yang mereka tidak boleh berperang dengan kita kerana saat Islam dipegang teguh, kaum muslimin berperang untuk mencari syahid, tetapi mereka berperang untuk mencari hidup.maka, bijaknya mereka dengan tipu daya syaitan dengan menjauhkan manusia dari al-quran dan sunnah!!! Tanya diri sendiri saat ini..adakah kita cukup dekat dgn QURAN??
Sebelum itu, izinkan ana merungkai erti ghazwul fikri itu sendiri, ghaz-perang manakala fikri-pemikiran, maka ghazwul fikri adalah perang pemikiran. Terhadap siapa?? Tentunya terhadap umat islam maka siapa itu???? AWAK,SAYA DAN ORANG ISLAM DISEKELILING KITA!!!!! Sedar atau tidak? Kaedah ini telah berjaya menghancurkan segelintir umat Islam dan semoga bukan kita…NAUDZUBILLAH MIN DZALIK!!!
Saya rasa xperlu la sy menyuarakan semula apa yang tertulis di dlm buku (kepada yang ingin memahami lebih lanjut ttg ghazwul fikri-carilah buku untuk dibaca eg:Syarah Rasmul Bayan Tarbiyah) Tapi disini sy mengajak kalian berfikir dan meneroka keadaan sekeliling agar lebih sensitif ttg serangan2 itu..ayuh kita lihat pada perbualan bersama kanak2..
Kes 1:
“Solah, siapa lebih kuat?? Superman ke Rasulullah??” tanyaku
“SUPERMAN..” jawabnya lalu sy terkesima!!!
“isk…kenapa plak??” tanyaku lagi
“Sebab superman boleh terbang tapi Rasulullah tak boleh” jawabnya selamba.
Apa yg sy patut buat?? Xkan nak kata Rasulullah pun boleh terbang?? Huh…

Kes 2:
“kenapa takut ni??” tanyaku..
“Ada hantu kat bawah meja..” jawab naqiu
“hish..hantu xwujudla…itu syaitan” kataku
“Ada..!!! macam dalam tv tu…” jawabnya lagi
“Naqiu..itu dalam tv, itu manusia menyamar jadi hantu..hantu xwujud.yang ada hanya jin dan syaitan.” kataku
“Hantu ada…macam dalam tv tu…berambut panjang, mata merah…naqiu tengok”katanya dengan keyakinan..

Huh…susah-susah..dia lebih percayakan tv dari kata kita…adakah anda pernah mengalami keadaan seperti ini??usah disalahkan budak kecil itu kerana dia TIDAK BERSALAH..tapi AWAK DAN SAYA BERSALAH!!! Budak kecil merupakan peringkat usia dimana mereka mempunyai daya imaginasi yang tinggi, mereka tidak dapat menggunakan daya kritik dan kritis dengan baik.Mereka hanya menerima gambaran yang diberikan di dlm tv..berbalik kepada persoalan ghazwul fikri.Sarana-sarana yang digunakan untuk mencapai tujuan busuk ini adalah melalui
1.Media massa dan elektronik
2.Pendidikan
3.Penerbitan
4.Hiburan
5.Kelab-kelab
6.Olahraga
7.Yayasan
Makanya,pelbagai rancangan yang disuapkan kepada cucu-cucu dan anak-anak serta adik-adik kita..jadi apa penyelesaiannya...kita lupa bhwa kita ada qudwah hasanah iaitu Rasulullah...bukankah Rasulullah adalah seorg bapa yg patut di contohi...dan kata2 nasihat seperti dalam surah luqman?? lalu..kenapa harus dihadam benda2 merepek untuk anak2, adik2???
maka, seharusnya kita berbalik semula kepada QURAN DAN SUNNAH...

PERINGATAN: BACK TO QURAN AND SUNNAH !!!!!!!!!! TAKBIR...ALLAHUAKBAR!!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Da'wah Fardiyyah bersama akhawat di KONSIS

assalamua'laikum,

Alhamdulillah, semalam baru shja balik semula ke Uia gombak..pelbagai pengalaman dan 'ilmu yang dapat diserap dlm hati dan jiwa-jiwa serta pemikiran para du'at.Fikrah-fikrah kami lebih jelas dan teratur serta dapat disatukan demi kejayaan da'wah itu sendiri..betapa rugilah bagi mereka yang hanya ingin berjuang dlm kelompok mereka sendiri sedangkan kita punya ramai pejuang..dan bukankah lebih baik jika kta menyatukan fikrah kita...???? ALHAMDULILLAH,dalam kesatuan kami dlm program Konsis( konvensyen siswa siswi) bertemakan strengthening ukhuwwah and ONE AIM, kami telah mengikuti salah satu program yang begitu bermakna iaitu DA'WAH FARDIYYAH KE KAMPUNG,
dan ini sekadar berkongsi pengalaman ana dan sahabat2 ana (ketua fasi:kak aisyah, co fasi:rahimah, kak Om Wasilah, kak Raudhah, Yulee, Fiza, Hidayah, Shireen and me)

* * * * * * * * * * * * *

" Keadaan begitu nyaman pada sore itu, kami telah ditugaskan membuat da'wah fardiyyah di kawasan kampung sebelah Anjung Rahmat. Kelihatan ramai akhawat sedang melangkah dengan confidentnya menuju ke sasaran masing-masing. Kelihatan juga pintu-pintu rumah diketuk oleh tangan-tangan akhawat untuk menyampaikan madah-madah dakwah mereka. Salah seorang dari akhawat group kami kelihatan panik...

"Akak..kenapa takde org kuar pun??camne ni??" , tanya seorang akhawat

"Xpe dik..sabar, dalam berda'wah ni kena sabar..kita kena tengok betul2 mad'u kita dan fikirkan kaedah yang sesuai..kejap lagi kita jumpala.." tegur kak aisyah dengan ramah.emm..kena sabar dan sabar......kaki terus melangkah dan mata terus melirik.Beberapa minit kemudian,jauh disudut seberang jalan, kelihatan dua orang wanita dalam lingkungan 50-an yang sedang bersembang-sembang.Mereka punya penampilan yang berbeza..jauh disudut hati terdetik...ya, inilah sasarannya!!!

Lantas kami melemparkan senyuman semesra yang boleh untuk menawan hati mereka. Bukankah senyuman adalah step pertama dalam da'wah fardiyyah (xkenal maka ta'aruf). Kemudian, kami merapatkan diri dan memberi salam. Selepas bersalamn, kami memperkenalkan diri. Salah seorang membahasakan dirinya UMMI (memakai tudung)..ah!begitu terharu..manakala seorang lagi makcik yus (xpakai tudung)..

"Buat ape ni? ramai je ummi tengok orang ke hulu ke hilir.." tanya Ummi.

"oh..kami jalan-jalan je..nak tengok-tengok keadaan kampung..tenang je ye.." kata seorang akhawat.Perbulan kami semakin rancak berkisarkan kampung, keluarga dan cendawan. Rupa-rupanya Ummi menjalankan perniagaaan cendawan goreng!!! yummy,sedapnya..detik di hati=).perniagaan ummi telah mencecah usia 2 tahun,semangatnya kelihatan berkobar-kobar bila sebut pasal cendawan jeee..Kemudian, barulah salah seorang akhawat mengeluakan risalah tugasan..

"Em..kat sini ada risalah..bolehla mak cik baca.." Kata seorang akhawat sambil menghulurkan risalah pada Ummi dan mak cik Yus..

"Risalah ape ni..??" tanya mak cik Yus

"Risalah tentang iman dan zina..mak cik boleh luangkan masa membaca time senang-senang, xpun, bacakan kat remaja2 tentang zina.." jawab akhawat itu

"Em..lagipun mak cik, sekarang ni kan masalah remaja makin teruk.." sampuk seorang lagi akhawat.

"a'ah..betul lah tu...ramai yang rosak akhlaq.." kata Ummi.

"Jadi kitalah kena tolong mereka..kita kena sedarkan mereka.." kata akhawat yang seorang lagi..

"Em..xpe2, nanti ummi akan bacakan kat mereka" kata Ummi.Kemudian, tanpa tak sedar,topik cendawan dibuka lagi..nampaknya Akhawat begitu berminat dengan cendawan. Ummi pun mengajak kami ke rumah hijau cendawannya di belakang rumahnya di seberang jalan.Kami pun bertambah excited dan mengajak mak cik Yus ikut sekali.

"Mak cik Yus, marilah kita pergi sekali.." ajak akhawat2..

"ala..mak cik tak pakai tudung la..seganla.." kata mak cik Yus

"Xpe2..mak cik pergilah ambil tudung, kami tunggu di sini ye..." kata seorng akhawat.Mak cik Yus pun tersenyum, lalu bergegas kembali kerumahnya untuk mengambil tudung.

Sampainya kami di rumah hijau itu, kami terp[egun kerana itulah kali pertama kami melangkah kaki ke Rumah Hijau yang bemodalkan rm50 ribu...Akhawat2 mula melontarkan pelbagai soalan tentang cendawan.Ummi pula tidak jemu-jemu menjawab soalan kami. setiap kata2 diluahkan berserta senyuman dan semangat tinggi..begitulah penampilan wanita yang bergelar Ummi itu..sungguh menyenangkan!!

"Kita xboleh mudah berputus asa..kita kena rajin dan sabar.." itulah kata2 ummi yang berbekas di hati-hati kami.

"Em..betullah ummi, bukankah sabar itu separuh dari iman.." kata seorang akhawat.

"Lagipun, kita lihat pada salah seorang sahabat rasulullah yang ingin berhijrah dari makkah ke madinag. Dia sanggup meninggalkan hartanya di makkah. Tapi kerana keyakinan,kesabaran dan usahanya, akhirnya dia kembali menjadi kaya semula di kota madinah.." jelas kak aisyah.

" Em..inyaALLAh..kita kena teru berusaha dan jangan malas..jatuh bangun tu..biasalah.." kata ummi.

Stelah berbual agak lama, kami meminta izin untuk pergi.Ummi pun memberikan kami sebungkus cendawan dan sedikit tepung untuk dibawa pulang. Begitu terharu kami rasakan..Sbelum berangkat pergi, kami bersetuju untuk memberikan batch palestin kepada Ummi sbgai cendera hati.
"mak cik tahu tak ape tu palestin??" tanya kak aisyah

"em...em..negara islam yang kat sana tu.."kata Ummi

"em..macam yang kita tahu, palestin ni kan negara islam dan sekarang ditindas oleh orang israel..jadi kita kena tahu tuntang tu dan selalu mendokan mereka" kata kak aisyah.

"Kita xmampu untuk berperang, tapi kita hanya mampu untuk berdoa" sambung akhawat seorang lagi

"Lagipun doa kan senjata orang islam" kata seorang lagi akhawat.

"Ummi selalu tak cakap pasal palestim??" tanya kak aisyah

"em..selalu jugak..kadang-kadang bila Ummi tengok Tv, Ummi cakplah kat anak-anak..apelah orang israel ni..jahat sungguh" kata Ummi

Kemudian salah seorang akhawat meminta untuk mengambil gambar.Selesai sesi mengambil gambar dan bertukar nombor telefon, ummi mengajak kami untuk datang lagi, katanya ingin mengajar buat sos sendiri untuk cicah cendawan goreng..tak sabar rasanya..keberangkatan kami disambut dengan perasaan girang..semoga kami dapat melangkah kaki ke rumah itu lagi..INSYAALLAH, doakan kami..moga ukhuwah terus berkekalan ^.^


BUAT: SAHABAT2 YANG PERGI DAN XDAPAT PERGI KE KONSIS ZON TENGAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

adik2 belajar memasak

SALAM,
adik2 kita menunjukkan bakat dgn bimbingan fasi..



"SAYUR KANGKUNG BELACAN DAN AYAM MASAK MERAH"

Rasa yang sedap..hehe...manakala group yang satu lagi mcm mane erk???
jeng jeng jeng...



"SAYUR KANGKUNG BELACAN DAN AYAM MASAK KICAP"

Sebenarnya adik ni nak wat ayam masak merah, tapi sbb leka mendgar penjelasan fasi ttg sukatan garam dan gula..akhirnya, bawang yang ditumis telah HANGUS....
jadi da berubah wajah jadi ayam masak kicap..
wlw macammane pun, adik2 ni sungguh berbakat...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kem Bestari Solat SEK KEB Pengkalan Chepa

salamun alayk..
Semoga kita digolongkan dalam golongan yang dirahmati ALLAH,
Hampir semua sek rendah sedang giat melaksanakan kem bestari solat bagi tahap 1, 2, dan 3..baru2 ini, sebuah kem bestari solat telah memberi pengalaman yang berharga buat sy dan adik2..wlwpun perjalan agak kurang memuaskan tetapi semua ustaz,ustazah dan fasi2 tambahan bertungkus lumus dalam menjayakan program kem bestari solat..





"adik-adik setia mendengar dan patuh pd arahan.."



" celoteh berhikmah dari Ustaz Deh.."



"peserta adik2 muslimin dari group ana"



"peserta adik2 muslimat dari group ana"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

psikology @ pukulogy

salam,

Sebelum sy bertolak ke uia.. sy duduk di rumah abang n kak ipar bersama dua tentera comel di kota bharu, kak ipar memerlukan pertolongan sy untuk menjadi fasi untukl kem bestari solat-JQAF, ini kali kedua sy menjadi fasi wlwpun hanya sekejap- alhamdulillah...tapi, wajdi&azim buat kerenah mereka, hiba lak rasanya.. sebenarnya mereka saje xnak bagi sy gi...maklumla, baru dapat berjumpa sbb cuti semester...



" nok gi mano..??" kata wajdi..
" nok gi ghumoh fawwaz..." kataku..
" bakpo nok gi ghumoh fawwaznyo..??sokmo gi situ..." kata azim..
" wajdi nok ikut gak..." kata wajdi smbil menunjukkn muka kesiannya...
" lol...gi meta ja pung, pahtu nok gi uia plop.." pujuk ku...
" wajdi nok ikut gi uia buleh??" tanya wajdi, sy pun tergelak...apesal lak anak saudaraku ni...nok kata xleh, takut merajuk..nok kata boleh...aik..na mungkin la...
" xle...." kataku
"bakpo...?" tanya wajdi..huh..soalan yang memenatkan... lalu terpaksalah sy menerangkan dgn panjang lebarnya...

lalu sy teringat akan tulisan abu saif...cerita ttg seorg ayah yang tidak jemu2 menjawab soalan anaknya..memang seringkali berlaku dihadapan kita, ibu bapa yang tidak endah akan soalan2 anak kecil yang baru mengenal dunia...

terdapat segelintir ibu bapa juga tidak ingin mengunakan kaedah psikology dlm menegur anak2 mereka, tapi lebih gemar mengunakan..." pukulogy"_ pukul sekali, akan rasa sakit, lepas tu xnak buat da lah...tapi tanpa tak sedar, menimbulkan fobia pada kanak2..tidak hairan jika ada anak yang lebih suka bersama si ayah dari si ibu.. mungkin ini adalah penyebabnya...

jika kita mengunakan kaedah psykology..munkin kita akan kata..." xboleh..sebab kak long takut nanti syaitan tido sebelah adik sebab adik tak mandi...lagipun, syaitan suka benda kotor...adik nak tak tido dengan syaitan???" mungkin kaedah ni mengambil masa...tapi, insyaALlah, bukan sahaja kita mendidik kanak2 untuk menerima teguran kiat malahan kita telah membentuk peribadi muslim itu sendiri..bukankah untuk menjadi kader2 islam lebih baik dari kecil lagi...

berlainan pula dengan ibu bapa yang menggunakan pukulogy(maaf,term sendri).. ayat yang mungkin digunaka..." kan ummi da kata mandi...mandilah!!!! cepat, nanti ummi pukul.." si anak itu terpinga2..yang dia tahu.."ya..harus mandi" tapi kenapa-"xtahu, ibu suruh.." lama kelamaan perasaan takut dan benci mungkin timbul...kanak2 itu pun mula menjauhkan diri,berdiam diri..lantas, bagaimana kita ingin membentuk kader2 islam???

mungkin anda tertanya2, apa kaitan teguran dengan pembentukan kanak2 islamik??
bukankah cara teguran itu adalah nasihat, dan nasihat itu cabang tarbiyah-lau tarbiyah itu penting bagi pembentukan kanak2..
Saya bukanlah seorg ibu mahupun isteri lagi..mungkin kalian juga begitu, tapi mesti ramai kanak2 disisi anda...
target kita bukanlah hanya seusia kta- remaja.. tapi jgn lupa pada kanak2, kerana mereka bakal menjadi pemimpin Islam..INSYAALLAH..




~~~~sayang semua~~~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

masalah ruhiyyah

Musibah paling tragis yang menimpa umat kita dewasa ini ialah menjadikan agama sebagai permainan dan senda gurau, dan menjadikan permainan dan senda gurau sebagai agama.

“Orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau, sedang mereka telah terpedaya dengan kehidupan dunia …”

(al-A’raaf : 51)

Bagaimana tidak, kita telah tergila-gila menghiasi tembok masjid dengan ayat-ayat al-Quran, tetapi tidak menghiasi kehidupan kita dengan al-Quran. Kita bacakan al-Quran untuk orang-orang mati, tetapi kita tidak mengajarkannya kepada orang-orang hidup. Kita berusaha memiliki al-Quran, membawanya membawa berkah, padahal berkah yang hakiki terletak dalam mengikuti perintahNya dan menjauhi laranganNya.

Allah berfirman :

“Inilah kitab penuh berkah yang Kami turunkan itu, maka ikutilah dia dan bertaqwalah, agar kamu mendapat rahmat.”

(al-An’am : 155)

Kita telah berani bersikap kepada Allah dengan menyia-nyiakan syariatNya dan tidak mengendahkan hukum-hukumNya. Kita menyombong diri dengan ilmu yang kita miliki, sehingga merasa hanya diri kita yang paling pandai dalam mengatur dan memenuhi keperluan umat yang diamanahkan kepada kita.

“Katakanlah : Apakah kamu yang lebih tahu atau Allah ?”

(al-Baqarah : 140)

“Apakah dia tidak mengetahui (Allah ) yang telah menjadikan? Padahal Dia adalah Maha Halus lagi Maha Mengetauhi.”

(al-Mulk : 14)

Maka berhembuslah angin maksiat, lalu padamlah cahaya rasa takut dari dalam kalbu kita. Masa ini berlanjutan lama, sehingga hati kita menjadi beku dan keras, seperti kerasnya hati Ahli Kitab yang lalu.

Allah berfirman :

“Kemudian hatimu menjadi keras sesudah itu, lalu ia seperti batu atau lebih keras lagi.”

(al-Baqarah : 74)

Kunci keperibadian umat ini dan kebanggaan kekuatannya terletak pada keimanan kepada Islam, yang telah menjadikannya sejak dahulu sebagai umat terbaik yang dikirimkan untuk seluruh manusia, dan telah memberikan kemenangan-kemenangan atas golongan berkuasa dunia, meskipun kekuatan tenaga manusianya sedikit dan perlengkapan senjatanya sangat minimum.

Kemudian dengan keimanan itu pula mereka dapat membendung penyerbuan pasukan Tartar dari Timur dan penyerangan Salib dari Barat, dan hingga kini pun mereka masih sanggup bertahan menghadapi pewaris-pewaris mereka itu.

Bangsa Israil memanfaatkan kekuatan ruhiyah dan semangat agama mereka untuk membangkitkan umat mereka dari tidur, kemudian mereka menyatukan berbagai golongan yang beragam aliran, mereka hidupkan bahasa agama mereka yang sudah mati, akhirnya mengisytiharkan perang kepada kita dan al-Quran.

Mereka bersatu padu dalam agama Yahudi, sedang kita bercerai-berai dalam Islam.

Mereka menekuni ajaran Talmud, sedangkan kita mencemuh hadis Bukhari dan Muslim.

Tokoh-tokoh mereka dengan bangganya mengatakan : “Demikianlah para Nabi kita mengajarkan kita, sedangkan tokoh-tokoh kita membanggakan Karl Max dan Lenin.

Kita memiliki akidah terkuat, risalah paling lengkap, kita memiliki kitab ilahi, yang satu-satu terpelihara dari kerosakan dan pemutar-belit tangan-tangan jahat. Namun kita dilanda lupa diri, tidak menyedari sumber tenaga dan kekuatan yang ada pada diri kita sendiri.

Jumlah kita begitu banyak, namun seperti yang dilukiskan oleh hadis yang diriwayatkan Tsauban ra :

“Seperti banyaknya buih pada air bah.”

Rahsianya terletak pada penyakit yang merosak batin kita, berupa rasa cinta dan keinginan pada hal-hal bergemerlapan, lebih senang hidup bermegah-megah, yang dinamakan oleh hadis tersebut sebagai wahan, dan ditafsirkan sebagai cinta dunia dan takut mati.

Maka tidak menghairankan, kalau umat yang berjumlah seribu juta itu, akan bertekuk lutut di bawah duli si Yahudi yang hanya berjumlah tiga juta.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku kasih padamu...

seorang pemburu kasih,
termenung sendirian..
berharap pada kasih...
kerna dia punya hati dan perasaan,
lalu dia menanti pada kasih..
kerna dia punya jiwa dan rohani,
lalu dia tertunggu akan belaian..

tapi,
seakan lalang yang pergi
begitu sekejapnya ia kekal di rumpunan..
tinggalkan kenangan suka dan duka..
seakan berlalu di pohonan pokok..
hanya sebentar melepas lelah..

dia sedarnya pada hakikat
tapi mengapa masih belum menutup
dusta-dusta dalam hati..
ya...yang datang pasti akan pergi!!!!!
tapi..apa kudratnya..
hanya mengalir air mata duka..

haruskah aku begini..
meninjau ke segenap ruang hati..
haruskah aku begini???
kenapa harus aku dilalaikan?????
tidakk....

ya bonda,
hatiku tetap milikmu..
kasihku tetap buatmu..
walau dikau jauh di pandangan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bertuahnya isteri lelaki ini...

seorang sahabat ana pernah mengirimkan email ini kepada ana..ana hanya copy and paste jer...:-)

Assalamualaikum,

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu! , sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuska! n zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan i! ni tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan mal! am, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi ya! ng teddy bear adalah'mama' nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

- dipetik dari portal ukhwah.com

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *****
Sebarkanlah Risalah Dakwah...
Allah tidak akan bertanya sama ada ia berkesan atau tidak tetapi Allah akan bertanya...
Sama ada kita berusaha atau tidak menyebarkan dakwah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

seorg daie ilallah xseharusnya mengenal erti berputus asa...

Saudaraku,

Janganlah berputus asa, kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kemarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.

Allah berfirman : “Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), dan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Firaun dan Haman serta tenteranya apa yang selalu mereka khawatirkan dari mereka itu.”

(al-Qashah: 5-6)

Putaran waktu akan memperlihatkan kepada kita peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan peluang kepada kita untuk beramal. Dunia akan melihat bahawa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan dan kedamaian yang dapat menyembuhkan umat dari rasa sakit yang tengah dideritanya. Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia, kerana bumi tetap akan berputar dan kejayaan itu akan kembali kepada kita. Hanya Allahlah harapan kita satu-satunya.

Bersiap-siaplah dan beramallah, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana boleh jadi engkau tidak boleh beramal apa apa esok hari.

Kita memang harus menunggu putaran waktu itu tetapi kita tidak boleh berhenti. Kita harus terus beramal dan terus melangkah kerana kita memang tidak mengenal kata “berhenti’ dalam berjihad.

Allah berfirman : “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar-benar akan kami tunjukkan jalan-jalan Kami.”

(al-Ankabut : 69)

Hanya Allahlah Zat yang Maha Agung, bagiNya segala puji.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kasihnya seorng ayah


Hati Seorang Ayah

Hati Seorang Ayah Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok.Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" .Si ayah menjawab : "Sebab ayah lelaki." Anak perempuan itu berkata sendirian : "saya tidak mengerti".

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan. Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan. Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok?Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasasakit ?" Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian." Hanya itu jawapan si ibu.

Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya.Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya.Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya". "Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun kerap anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya." "Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyokong, agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS