plumrose

button

Tips anak bijak menghafal

Tips dalam membantu anak kita untuk mudah mengingati apa‐apa surah yang akan dihafalnya, cara para ibu cemerlang, samada untuk surah pendek atau surah panjang. Mulakan denganmembiasakan anak/bayi.. -MENDENGAR surah tersebut yang dibaca oleh qari yang kita sendiri suka akan lagu bacaannya.Jadikan bacaan qari tersebut sebagai teman tidur dan teman perjalanan anak kita. -InsyaAllah,mudahlah untukmerekamenghafalsesuatu yang telah biasa didengar berulang kali. -Kemudian, baru ajar MEMBACA surah tersebut. Ajar hingga dia boleh MEMBACA dengan LANCAR/tiada kesalahan. -Kemudian, baru suruh anak MENGHAFAL. Anak kecil Darwisya dapat menghafal sehari dua selepas dia dapat membaca mana‐mana surah dengan lancar samada surah panjang atau pendek.hebat kan otak anak kecil anda... jangan lepaskan moment hebat ini sepanjang tumbesaran mereka.. Untuk diri saya, qari yangmenyentuh hati saya adalah Qari dari Kuwait, Shaykh Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid Al‐Afasy. jom kita mulakan langkah emas ini... dapatkan alat bantuan mengajar dan belajar untuk memngaji dan membaca seawal bayi lagi.. di https://www.facebook.com/pages/Aisy-Little-Genius/224536164358176?ref=hl

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terdengarlah alkisah....

Terdengarlah alkisah sebuah bahtera yang dipanggil "Bahtera
Fisabilillah". .Berlayar dari laut sumatera ke laut melaka. Pelayaran
itu mengambil masa yang agak lama dan begitu banyak ombak menghempas
disepanjang perjuangan.

Nakhoda sering dengan kompas `Alquran dan
Sunnah' agar kapal tidak tersalah arah. Beliau tidak pernah melupakan
anak-anak kapalnya, kasih dicurahkan tak kira siapa pun anak
kapalnya, sering kali tazkirah permata dihampar kepada anak-anak
kapal yang mendahagakan nasihat.. tarbiyah menjadi misi..

lantas, ramailah mata-mata srikandi menjadi merah tatkala
mendengar nasihatnya.. menangis tersedun sedan dek sentuhan
jiwa..sehingga mengegarkan Bahtera Fisabilillah.. Alunan zikir
dan munajat didendangkan menusuk tiap jiwa..

Manakala,panglima- panglima kapal mengemudikan kapal,meronda
ke tiap-tiap kabin,melabuhkan sauh pada perhentian dakwah serta
banyak lagi.. kapal dikemudi dengan berhati-hati dek ombak kafirun
yang semakin menganas, ingin menengelamkan para akhawat
kapal..sepanjang pelayaran, telah diisikan masa akhawat kapal dengan
tarbiyah..memantapk an peribadi para akhawat kapal dengan 10
muwasofat..

Lalu sauh dilabuhkan pada rentas masa tertentu untuk para
srikandi berjuang pada perhentian dakwah..disepanjang
perhentian,semakin ramai bilangan akhawat kapal dengan izin
Allah..namun, tidak kurang jua bilangan yang jatuh pada
perjalanan.. yang tidak lagi kembali dek kurangnya tarbiyah dzatiyah
dan persiapan keimanan..para akhawat kapal tiada henti mendoakan
sahabat yang dikasihi..

Kemudian, akhawat yang tertinggal melambai kembali dan
mendayung sampan untuk naik semula ke kapal..begitulah keimanan
kita..datang dan pergi umpama ombak dilautan..maka, berdoalah para
akhawat dan srikandi kapal di bahagian atas kapal agar tidak
dipalingkan hati mereka setiap kali membentuk bulatan "halaqah".

Rentetan peristiwa itu, Srikandi dan Panglima-panglima itu sepakat membuat ikatan yang teguh utuk menyelamatkan
akhawat kapal dari tengelam ke lautan duniawi..tali ikatan mereka
adalah dengan Qiam,Iftar,Tazkirah dan banyak lagi..
…bertepuklah tangan akhawat kapal kerana tidak sabar ke
program yang dirancang sehingga mengejutkan tidur para ikan-ikan..

Terdapat juga akhawat kapal yang tertidur di kabin kapal dek
keletihan duniawi lebih-lebih lagi selepas menghadapi `ujian
kepintaran' yang telah diadakan baru-baru ini.. Namun kasih Allah
tiada bertepi, lantas mereka bangun jua berlari kearah murabbi
masing2..bertanyaka n agenda..begitulah semangat para srikandi
sehingga mengegarkan lantai-lantas kapal dek semangatnya mereka..

Pada satu keheningan malam (tajuk lagu hijjaz), terdapat
beberapa akhawat yang berlari menangis ke beranda kapal, letih pada
pelayaran..tidak kurang juga seorang akhawat yang leka dengan kotak-
kotak aneka dari para kafirun yang dijumpa tersadai…Ada juga akhawat
yang diuji kehendak duniawi lain..Hati mereka mula berkocak, imannya
mula goyah, amalan mereka menurun, terasa hati semakin jauh dengan
sahabat-sahabat yang lain..

Lalu tersedar beberapa akhawat itu bahawa mereka harus
menjaga iman, mereka tidak mampu menjaga iman dengan berseorangan. .
ombak kan sering berkocak menghempas Bahtera Fisabilillah
para akhawat kapal bangkit dan berkejaran merebut tali keimanan agar
tidak terhumban kelautan kafirun..Lalu ada jua yang tersungkur jatuh
dek kurangnya pautan pada tali keimanan..lantas, ada yang
ketinggalan. .namun, perjalanan dakwah kan terus berjalan………………

Begitulah kita akhawat fillah, iman kita sering turun naik
dan kita tidak tahu adakah kita akan mati dalam keadaan husnul
khotimah?? Lantas, kita memerlukan sahbat lain untuk saling
mengingatkan. .kita juga umpama bateri, kita perlukan cas-cas untuk
menguatkan iman kita dalam perjungan ini..pelbagai aktiviti yang
telah disediakan.. sambutlah seruan Rabbmu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

alkisahnya seorang so-called DAIE....

Seorang Daie yang hanya pada NAMA!!

Dakwah adalah garis usia yang lekat mewarnai sejarah perjalanan kehidupan manusia.Perjalanan dakwah dari semasa ke semasa sentiasa menghadapi halangan dan rintangan masing-masing. Lantas,jalan dakwah ini bukanlah permadani merah yang mengangkat susuk daie itu untuk dijunjung atau agar dilihat baik..Dakwah sentiasa menemukan manusia-manusia terbaik untuk mendukungnya…manusia yang berjuang dengan pengorbanan

انْفِرُواْ خِفَافاً وَثِقَالاً وَجَاهِدُواْ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ [التوبة : 41]

“TIADA PERJUANGAN TANPA PENGORBANAN”
Duhai pejuang islam, amat sedih bila kita melihat para “so-called daie” yang melaungkan kebenaran dan perjuangan islami..namun, begitu juga mereka punya virus-virus yang menghalang keberkesanan dalam penyampaian dakwah mereka “quwwatu taksir”..

*Mengaku sebagai Daie yang kononnya memberkas para pembuat maksiat..tapi mempunyai masalah ikhtilat sesama “ikhwah akhawat” padahal cinta islami sebelum kahwin itu TIDAK PERNAH WUJUD..!! sehingga msg-msg peringatan atau gurau senda sesama para daie dan daieyah menjadi perkara biasa…sehinggakan bertanyakan khabar itu menjadi alunan yang indah dimata teapi akhirnya menimbulkan penyakit hati….sedarkah mereka juga telah melakukan maksiat!!!!

*Mengaku sebagai Daie yang melaungkan bahaya serangan pemikiran”ghazwul fikri” tetapi tidak ubah dengan insan kebanyakan juga..lalai dalam drama2 korea dan sbgainya..

*Mengaku sebagai Daie yang berpesan pada ibadat namun, solatnya tidak diiringi dengan sunat2 padahal yang membezakan para daie dengan orang kebanyakan adalah SOLAT SUNATNYA!! Lalu, layakkah dia digelar sebai pejuang kebenaran!!

*Mengaku sebagai Daie yang kononnya risau akan masalah ummat dan masjidil aqsa namun masih bergurau senda dan ketawa terbahak-bahak????apakah kerisauan itu hanya pada perkataan semata-mata..


sesungguhnya jalan dakwah ini adalah jalan mereka yang serius bukanlah mereka yang manja..BUKAN JUA JALAN POPULARITI…..ini jalan mulia atau mati syahid….

ِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْداً عَلَيْهِ حَقّاً فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ [التوبة : 111]

"berjuang didunia berharap pertemuan disyurga"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pening pusing...

salam..

Hari masih terasa kehangatannya dek panasnya musim xm di UIA gombak..
teman-teman pun telah menukar kepada gear 3...
amat merunsingkan bila memikirkan diri sendiri...
dimana semngat juangmu!!!
adik-adik dan sahabat dikasihi meminta nasihat untuk mem'booster' mereka dalam menghadapi final xm..

terngiang-nging di ingatan....
"li ma taqulu ma la taf'alun....."

kepala terasa sesak dengan agenda-agenda yang perlu diuruskan...
1.program

2.mengajar fardhu ain, solat n mengaji....sorang jer..

3.kena tolong urus pertunangan kwn..."xtaula ada bakat ke tak nak wat hantaran"

4.belaja BA

5.Novel yang belum disiapkan...janji hanya tinggal janji...to editor: maaf atas kelewatan sy (ayat yang sudah lali di telinga beliau"

dan....SUME NI KENA SETTLE BEFORE START SEM!!!!!!!!!

chaiyuk chaiyuk...
apapunn, Alllah ghayatuna..

"berjuang di dunia berharap pertemuan di syurga"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GHAZWUL FIKRI : Superman vs RASULULLAH



Rasulullah saw bersabda,
“Akan datang suatu masa dimana bangsa-bangsa memperebut kalian sebagaimana sekelompok pemakan memperebut makanan di nampan”
Para sahabat bertanya,
“Apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada waktu itu wahai Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab,
“Tidak..!! bahkan jumlah kalian saat itu sangat banyak, akan tetapi kalian saat itu seperti buih di lautan”

Wahai sahabat sekelian,
Adakah hadith ini hanya untuk kita dengar dan hafal kerana ingin memenuhi keperluan ‘aqal semata-mata?? Atau kita jadikan hadith ini sbgai pedoman dalam hidup kita?? Pernahkah anda berfikir, kenapa ya bisa perkara ini berlaku?? banyak tapi xberguna(maaf pada penggunaan bhsa yg kasar, tapi itu realitinya)..jawapan sudah tentu kerana hubbu dunya wa qarahiyyah maut. Maka berfikir lagi, kenapa ya bisa begitu???
Macam quiz la plak..padahal jawapannya sudah tertera.. ghazwul fikri la antara penyebabnya kerana mereka tahu yang mereka tidak boleh berperang dengan kita kerana saat Islam dipegang teguh, kaum muslimin berperang untuk mencari syahid, tetapi mereka berperang untuk mencari hidup.maka, bijaknya mereka dengan tipu daya syaitan dengan menjauhkan manusia dari al-quran dan sunnah!!! Tanya diri sendiri saat ini..adakah kita cukup dekat dgn QURAN??
Sebelum itu, izinkan ana merungkai erti ghazwul fikri itu sendiri, ghaz-perang manakala fikri-pemikiran, maka ghazwul fikri adalah perang pemikiran. Terhadap siapa?? Tentunya terhadap umat islam maka siapa itu???? AWAK,SAYA DAN ORANG ISLAM DISEKELILING KITA!!!!! Sedar atau tidak? Kaedah ini telah berjaya menghancurkan segelintir umat Islam dan semoga bukan kita…NAUDZUBILLAH MIN DZALIK!!!
Saya rasa xperlu la sy menyuarakan semula apa yang tertulis di dlm buku (kepada yang ingin memahami lebih lanjut ttg ghazwul fikri-carilah buku untuk dibaca eg:Syarah Rasmul Bayan Tarbiyah) Tapi disini sy mengajak kalian berfikir dan meneroka keadaan sekeliling agar lebih sensitif ttg serangan2 itu..ayuh kita lihat pada perbualan bersama kanak2..
Kes 1:
“Solah, siapa lebih kuat?? Superman ke Rasulullah??” tanyaku
“SUPERMAN..” jawabnya lalu sy terkesima!!!
“isk…kenapa plak??” tanyaku lagi
“Sebab superman boleh terbang tapi Rasulullah tak boleh” jawabnya selamba.
Apa yg sy patut buat?? Xkan nak kata Rasulullah pun boleh terbang?? Huh…

Kes 2:
“kenapa takut ni??” tanyaku..
“Ada hantu kat bawah meja..” jawab naqiu
“hish..hantu xwujudla…itu syaitan” kataku
“Ada..!!! macam dalam tv tu…” jawabnya lagi
“Naqiu..itu dalam tv, itu manusia menyamar jadi hantu..hantu xwujud.yang ada hanya jin dan syaitan.” kataku
“Hantu ada…macam dalam tv tu…berambut panjang, mata merah…naqiu tengok”katanya dengan keyakinan..

Huh…susah-susah..dia lebih percayakan tv dari kata kita…adakah anda pernah mengalami keadaan seperti ini??usah disalahkan budak kecil itu kerana dia TIDAK BERSALAH..tapi AWAK DAN SAYA BERSALAH!!! Budak kecil merupakan peringkat usia dimana mereka mempunyai daya imaginasi yang tinggi, mereka tidak dapat menggunakan daya kritik dan kritis dengan baik.Mereka hanya menerima gambaran yang diberikan di dlm tv..berbalik kepada persoalan ghazwul fikri.Sarana-sarana yang digunakan untuk mencapai tujuan busuk ini adalah melalui
1.Media massa dan elektronik
2.Pendidikan
3.Penerbitan
4.Hiburan
5.Kelab-kelab
6.Olahraga
7.Yayasan
Makanya,pelbagai rancangan yang disuapkan kepada cucu-cucu dan anak-anak serta adik-adik kita..jadi apa penyelesaiannya...kita lupa bhwa kita ada qudwah hasanah iaitu Rasulullah...bukankah Rasulullah adalah seorg bapa yg patut di contohi...dan kata2 nasihat seperti dalam surah luqman?? lalu..kenapa harus dihadam benda2 merepek untuk anak2, adik2???
maka, seharusnya kita berbalik semula kepada QURAN DAN SUNNAH...

PERINGATAN: BACK TO QURAN AND SUNNAH !!!!!!!!!! TAKBIR...ALLAHUAKBAR!!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Da'wah Fardiyyah bersama akhawat di KONSIS

assalamua'laikum,

Alhamdulillah, semalam baru shja balik semula ke Uia gombak..pelbagai pengalaman dan 'ilmu yang dapat diserap dlm hati dan jiwa-jiwa serta pemikiran para du'at.Fikrah-fikrah kami lebih jelas dan teratur serta dapat disatukan demi kejayaan da'wah itu sendiri..betapa rugilah bagi mereka yang hanya ingin berjuang dlm kelompok mereka sendiri sedangkan kita punya ramai pejuang..dan bukankah lebih baik jika kta menyatukan fikrah kita...???? ALHAMDULILLAH,dalam kesatuan kami dlm program Konsis( konvensyen siswa siswi) bertemakan strengthening ukhuwwah and ONE AIM, kami telah mengikuti salah satu program yang begitu bermakna iaitu DA'WAH FARDIYYAH KE KAMPUNG,
dan ini sekadar berkongsi pengalaman ana dan sahabat2 ana (ketua fasi:kak aisyah, co fasi:rahimah, kak Om Wasilah, kak Raudhah, Yulee, Fiza, Hidayah, Shireen and me)

* * * * * * * * * * * * *

" Keadaan begitu nyaman pada sore itu, kami telah ditugaskan membuat da'wah fardiyyah di kawasan kampung sebelah Anjung Rahmat. Kelihatan ramai akhawat sedang melangkah dengan confidentnya menuju ke sasaran masing-masing. Kelihatan juga pintu-pintu rumah diketuk oleh tangan-tangan akhawat untuk menyampaikan madah-madah dakwah mereka. Salah seorang dari akhawat group kami kelihatan panik...

"Akak..kenapa takde org kuar pun??camne ni??" , tanya seorang akhawat

"Xpe dik..sabar, dalam berda'wah ni kena sabar..kita kena tengok betul2 mad'u kita dan fikirkan kaedah yang sesuai..kejap lagi kita jumpala.." tegur kak aisyah dengan ramah.emm..kena sabar dan sabar......kaki terus melangkah dan mata terus melirik.Beberapa minit kemudian,jauh disudut seberang jalan, kelihatan dua orang wanita dalam lingkungan 50-an yang sedang bersembang-sembang.Mereka punya penampilan yang berbeza..jauh disudut hati terdetik...ya, inilah sasarannya!!!

Lantas kami melemparkan senyuman semesra yang boleh untuk menawan hati mereka. Bukankah senyuman adalah step pertama dalam da'wah fardiyyah (xkenal maka ta'aruf). Kemudian, kami merapatkan diri dan memberi salam. Selepas bersalamn, kami memperkenalkan diri. Salah seorang membahasakan dirinya UMMI (memakai tudung)..ah!begitu terharu..manakala seorang lagi makcik yus (xpakai tudung)..

"Buat ape ni? ramai je ummi tengok orang ke hulu ke hilir.." tanya Ummi.

"oh..kami jalan-jalan je..nak tengok-tengok keadaan kampung..tenang je ye.." kata seorang akhawat.Perbulan kami semakin rancak berkisarkan kampung, keluarga dan cendawan. Rupa-rupanya Ummi menjalankan perniagaaan cendawan goreng!!! yummy,sedapnya..detik di hati=).perniagaan ummi telah mencecah usia 2 tahun,semangatnya kelihatan berkobar-kobar bila sebut pasal cendawan jeee..Kemudian, barulah salah seorang akhawat mengeluakan risalah tugasan..

"Em..kat sini ada risalah..bolehla mak cik baca.." Kata seorang akhawat sambil menghulurkan risalah pada Ummi dan mak cik Yus..

"Risalah ape ni..??" tanya mak cik Yus

"Risalah tentang iman dan zina..mak cik boleh luangkan masa membaca time senang-senang, xpun, bacakan kat remaja2 tentang zina.." jawab akhawat itu

"Em..lagipun mak cik, sekarang ni kan masalah remaja makin teruk.." sampuk seorang lagi akhawat.

"a'ah..betul lah tu...ramai yang rosak akhlaq.." kata Ummi.

"Jadi kitalah kena tolong mereka..kita kena sedarkan mereka.." kata akhawat yang seorang lagi..

"Em..xpe2, nanti ummi akan bacakan kat mereka" kata Ummi.Kemudian, tanpa tak sedar,topik cendawan dibuka lagi..nampaknya Akhawat begitu berminat dengan cendawan. Ummi pun mengajak kami ke rumah hijau cendawannya di belakang rumahnya di seberang jalan.Kami pun bertambah excited dan mengajak mak cik Yus ikut sekali.

"Mak cik Yus, marilah kita pergi sekali.." ajak akhawat2..

"ala..mak cik tak pakai tudung la..seganla.." kata mak cik Yus

"Xpe2..mak cik pergilah ambil tudung, kami tunggu di sini ye..." kata seorng akhawat.Mak cik Yus pun tersenyum, lalu bergegas kembali kerumahnya untuk mengambil tudung.

Sampainya kami di rumah hijau itu, kami terp[egun kerana itulah kali pertama kami melangkah kaki ke Rumah Hijau yang bemodalkan rm50 ribu...Akhawat2 mula melontarkan pelbagai soalan tentang cendawan.Ummi pula tidak jemu-jemu menjawab soalan kami. setiap kata2 diluahkan berserta senyuman dan semangat tinggi..begitulah penampilan wanita yang bergelar Ummi itu..sungguh menyenangkan!!

"Kita xboleh mudah berputus asa..kita kena rajin dan sabar.." itulah kata2 ummi yang berbekas di hati-hati kami.

"Em..betullah ummi, bukankah sabar itu separuh dari iman.." kata seorang akhawat.

"Lagipun, kita lihat pada salah seorang sahabat rasulullah yang ingin berhijrah dari makkah ke madinag. Dia sanggup meninggalkan hartanya di makkah. Tapi kerana keyakinan,kesabaran dan usahanya, akhirnya dia kembali menjadi kaya semula di kota madinah.." jelas kak aisyah.

" Em..inyaALLAh..kita kena teru berusaha dan jangan malas..jatuh bangun tu..biasalah.." kata ummi.

Stelah berbual agak lama, kami meminta izin untuk pergi.Ummi pun memberikan kami sebungkus cendawan dan sedikit tepung untuk dibawa pulang. Begitu terharu kami rasakan..Sbelum berangkat pergi, kami bersetuju untuk memberikan batch palestin kepada Ummi sbgai cendera hati.
"mak cik tahu tak ape tu palestin??" tanya kak aisyah

"em...em..negara islam yang kat sana tu.."kata Ummi

"em..macam yang kita tahu, palestin ni kan negara islam dan sekarang ditindas oleh orang israel..jadi kita kena tahu tuntang tu dan selalu mendokan mereka" kata kak aisyah.

"Kita xmampu untuk berperang, tapi kita hanya mampu untuk berdoa" sambung akhawat seorang lagi

"Lagipun doa kan senjata orang islam" kata seorang lagi akhawat.

"Ummi selalu tak cakap pasal palestim??" tanya kak aisyah

"em..selalu jugak..kadang-kadang bila Ummi tengok Tv, Ummi cakplah kat anak-anak..apelah orang israel ni..jahat sungguh" kata Ummi

Kemudian salah seorang akhawat meminta untuk mengambil gambar.Selesai sesi mengambil gambar dan bertukar nombor telefon, ummi mengajak kami untuk datang lagi, katanya ingin mengajar buat sos sendiri untuk cicah cendawan goreng..tak sabar rasanya..keberangkatan kami disambut dengan perasaan girang..semoga kami dapat melangkah kaki ke rumah itu lagi..INSYAALLAH, doakan kami..moga ukhuwah terus berkekalan ^.^


BUAT: SAHABAT2 YANG PERGI DAN XDAPAT PERGI KE KONSIS ZON TENGAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

adik2 belajar memasak

SALAM,
adik2 kita menunjukkan bakat dgn bimbingan fasi..



"SAYUR KANGKUNG BELACAN DAN AYAM MASAK MERAH"

Rasa yang sedap..hehe...manakala group yang satu lagi mcm mane erk???
jeng jeng jeng...



"SAYUR KANGKUNG BELACAN DAN AYAM MASAK KICAP"

Sebenarnya adik ni nak wat ayam masak merah, tapi sbb leka mendgar penjelasan fasi ttg sukatan garam dan gula..akhirnya, bawang yang ditumis telah HANGUS....
jadi da berubah wajah jadi ayam masak kicap..
wlw macammane pun, adik2 ni sungguh berbakat...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS