plumrose

button

GHAZWUL FIKRI : Superman vs RASULULLAH



Rasulullah saw bersabda,
“Akan datang suatu masa dimana bangsa-bangsa memperebut kalian sebagaimana sekelompok pemakan memperebut makanan di nampan”
Para sahabat bertanya,
“Apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada waktu itu wahai Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab,
“Tidak..!! bahkan jumlah kalian saat itu sangat banyak, akan tetapi kalian saat itu seperti buih di lautan”

Wahai sahabat sekelian,
Adakah hadith ini hanya untuk kita dengar dan hafal kerana ingin memenuhi keperluan ‘aqal semata-mata?? Atau kita jadikan hadith ini sbgai pedoman dalam hidup kita?? Pernahkah anda berfikir, kenapa ya bisa perkara ini berlaku?? banyak tapi xberguna(maaf pada penggunaan bhsa yg kasar, tapi itu realitinya)..jawapan sudah tentu kerana hubbu dunya wa qarahiyyah maut. Maka berfikir lagi, kenapa ya bisa begitu???
Macam quiz la plak..padahal jawapannya sudah tertera.. ghazwul fikri la antara penyebabnya kerana mereka tahu yang mereka tidak boleh berperang dengan kita kerana saat Islam dipegang teguh, kaum muslimin berperang untuk mencari syahid, tetapi mereka berperang untuk mencari hidup.maka, bijaknya mereka dengan tipu daya syaitan dengan menjauhkan manusia dari al-quran dan sunnah!!! Tanya diri sendiri saat ini..adakah kita cukup dekat dgn QURAN??
Sebelum itu, izinkan ana merungkai erti ghazwul fikri itu sendiri, ghaz-perang manakala fikri-pemikiran, maka ghazwul fikri adalah perang pemikiran. Terhadap siapa?? Tentunya terhadap umat islam maka siapa itu???? AWAK,SAYA DAN ORANG ISLAM DISEKELILING KITA!!!!! Sedar atau tidak? Kaedah ini telah berjaya menghancurkan segelintir umat Islam dan semoga bukan kita…NAUDZUBILLAH MIN DZALIK!!!
Saya rasa xperlu la sy menyuarakan semula apa yang tertulis di dlm buku (kepada yang ingin memahami lebih lanjut ttg ghazwul fikri-carilah buku untuk dibaca eg:Syarah Rasmul Bayan Tarbiyah) Tapi disini sy mengajak kalian berfikir dan meneroka keadaan sekeliling agar lebih sensitif ttg serangan2 itu..ayuh kita lihat pada perbualan bersama kanak2..
Kes 1:
“Solah, siapa lebih kuat?? Superman ke Rasulullah??” tanyaku
“SUPERMAN..” jawabnya lalu sy terkesima!!!
“isk…kenapa plak??” tanyaku lagi
“Sebab superman boleh terbang tapi Rasulullah tak boleh” jawabnya selamba.
Apa yg sy patut buat?? Xkan nak kata Rasulullah pun boleh terbang?? Huh…

Kes 2:
“kenapa takut ni??” tanyaku..
“Ada hantu kat bawah meja..” jawab naqiu
“hish..hantu xwujudla…itu syaitan” kataku
“Ada..!!! macam dalam tv tu…” jawabnya lagi
“Naqiu..itu dalam tv, itu manusia menyamar jadi hantu..hantu xwujud.yang ada hanya jin dan syaitan.” kataku
“Hantu ada…macam dalam tv tu…berambut panjang, mata merah…naqiu tengok”katanya dengan keyakinan..

Huh…susah-susah..dia lebih percayakan tv dari kata kita…adakah anda pernah mengalami keadaan seperti ini??usah disalahkan budak kecil itu kerana dia TIDAK BERSALAH..tapi AWAK DAN SAYA BERSALAH!!! Budak kecil merupakan peringkat usia dimana mereka mempunyai daya imaginasi yang tinggi, mereka tidak dapat menggunakan daya kritik dan kritis dengan baik.Mereka hanya menerima gambaran yang diberikan di dlm tv..berbalik kepada persoalan ghazwul fikri.Sarana-sarana yang digunakan untuk mencapai tujuan busuk ini adalah melalui
1.Media massa dan elektronik
2.Pendidikan
3.Penerbitan
4.Hiburan
5.Kelab-kelab
6.Olahraga
7.Yayasan
Makanya,pelbagai rancangan yang disuapkan kepada cucu-cucu dan anak-anak serta adik-adik kita..jadi apa penyelesaiannya...kita lupa bhwa kita ada qudwah hasanah iaitu Rasulullah...bukankah Rasulullah adalah seorg bapa yg patut di contohi...dan kata2 nasihat seperti dalam surah luqman?? lalu..kenapa harus dihadam benda2 merepek untuk anak2, adik2???
maka, seharusnya kita berbalik semula kepada QURAN DAN SUNNAH...

PERINGATAN: BACK TO QURAN AND SUNNAH !!!!!!!!!! TAKBIR...ALLAHUAKBAR!!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: