plumrose

button

Da'wah Fardiyyah bersama akhawat di KONSIS

assalamua'laikum,

Alhamdulillah, semalam baru shja balik semula ke Uia gombak..pelbagai pengalaman dan 'ilmu yang dapat diserap dlm hati dan jiwa-jiwa serta pemikiran para du'at.Fikrah-fikrah kami lebih jelas dan teratur serta dapat disatukan demi kejayaan da'wah itu sendiri..betapa rugilah bagi mereka yang hanya ingin berjuang dlm kelompok mereka sendiri sedangkan kita punya ramai pejuang..dan bukankah lebih baik jika kta menyatukan fikrah kita...???? ALHAMDULILLAH,dalam kesatuan kami dlm program Konsis( konvensyen siswa siswi) bertemakan strengthening ukhuwwah and ONE AIM, kami telah mengikuti salah satu program yang begitu bermakna iaitu DA'WAH FARDIYYAH KE KAMPUNG,
dan ini sekadar berkongsi pengalaman ana dan sahabat2 ana (ketua fasi:kak aisyah, co fasi:rahimah, kak Om Wasilah, kak Raudhah, Yulee, Fiza, Hidayah, Shireen and me)

* * * * * * * * * * * * *

" Keadaan begitu nyaman pada sore itu, kami telah ditugaskan membuat da'wah fardiyyah di kawasan kampung sebelah Anjung Rahmat. Kelihatan ramai akhawat sedang melangkah dengan confidentnya menuju ke sasaran masing-masing. Kelihatan juga pintu-pintu rumah diketuk oleh tangan-tangan akhawat untuk menyampaikan madah-madah dakwah mereka. Salah seorang dari akhawat group kami kelihatan panik...

"Akak..kenapa takde org kuar pun??camne ni??" , tanya seorang akhawat

"Xpe dik..sabar, dalam berda'wah ni kena sabar..kita kena tengok betul2 mad'u kita dan fikirkan kaedah yang sesuai..kejap lagi kita jumpala.." tegur kak aisyah dengan ramah.emm..kena sabar dan sabar......kaki terus melangkah dan mata terus melirik.Beberapa minit kemudian,jauh disudut seberang jalan, kelihatan dua orang wanita dalam lingkungan 50-an yang sedang bersembang-sembang.Mereka punya penampilan yang berbeza..jauh disudut hati terdetik...ya, inilah sasarannya!!!

Lantas kami melemparkan senyuman semesra yang boleh untuk menawan hati mereka. Bukankah senyuman adalah step pertama dalam da'wah fardiyyah (xkenal maka ta'aruf). Kemudian, kami merapatkan diri dan memberi salam. Selepas bersalamn, kami memperkenalkan diri. Salah seorang membahasakan dirinya UMMI (memakai tudung)..ah!begitu terharu..manakala seorang lagi makcik yus (xpakai tudung)..

"Buat ape ni? ramai je ummi tengok orang ke hulu ke hilir.." tanya Ummi.

"oh..kami jalan-jalan je..nak tengok-tengok keadaan kampung..tenang je ye.." kata seorang akhawat.Perbulan kami semakin rancak berkisarkan kampung, keluarga dan cendawan. Rupa-rupanya Ummi menjalankan perniagaaan cendawan goreng!!! yummy,sedapnya..detik di hati=).perniagaan ummi telah mencecah usia 2 tahun,semangatnya kelihatan berkobar-kobar bila sebut pasal cendawan jeee..Kemudian, barulah salah seorang akhawat mengeluakan risalah tugasan..

"Em..kat sini ada risalah..bolehla mak cik baca.." Kata seorang akhawat sambil menghulurkan risalah pada Ummi dan mak cik Yus..

"Risalah ape ni..??" tanya mak cik Yus

"Risalah tentang iman dan zina..mak cik boleh luangkan masa membaca time senang-senang, xpun, bacakan kat remaja2 tentang zina.." jawab akhawat itu

"Em..lagipun mak cik, sekarang ni kan masalah remaja makin teruk.." sampuk seorang lagi akhawat.

"a'ah..betul lah tu...ramai yang rosak akhlaq.." kata Ummi.

"Jadi kitalah kena tolong mereka..kita kena sedarkan mereka.." kata akhawat yang seorang lagi..

"Em..xpe2, nanti ummi akan bacakan kat mereka" kata Ummi.Kemudian, tanpa tak sedar,topik cendawan dibuka lagi..nampaknya Akhawat begitu berminat dengan cendawan. Ummi pun mengajak kami ke rumah hijau cendawannya di belakang rumahnya di seberang jalan.Kami pun bertambah excited dan mengajak mak cik Yus ikut sekali.

"Mak cik Yus, marilah kita pergi sekali.." ajak akhawat2..

"ala..mak cik tak pakai tudung la..seganla.." kata mak cik Yus

"Xpe2..mak cik pergilah ambil tudung, kami tunggu di sini ye..." kata seorng akhawat.Mak cik Yus pun tersenyum, lalu bergegas kembali kerumahnya untuk mengambil tudung.

Sampainya kami di rumah hijau itu, kami terp[egun kerana itulah kali pertama kami melangkah kaki ke Rumah Hijau yang bemodalkan rm50 ribu...Akhawat2 mula melontarkan pelbagai soalan tentang cendawan.Ummi pula tidak jemu-jemu menjawab soalan kami. setiap kata2 diluahkan berserta senyuman dan semangat tinggi..begitulah penampilan wanita yang bergelar Ummi itu..sungguh menyenangkan!!

"Kita xboleh mudah berputus asa..kita kena rajin dan sabar.." itulah kata2 ummi yang berbekas di hati-hati kami.

"Em..betullah ummi, bukankah sabar itu separuh dari iman.." kata seorang akhawat.

"Lagipun, kita lihat pada salah seorang sahabat rasulullah yang ingin berhijrah dari makkah ke madinag. Dia sanggup meninggalkan hartanya di makkah. Tapi kerana keyakinan,kesabaran dan usahanya, akhirnya dia kembali menjadi kaya semula di kota madinah.." jelas kak aisyah.

" Em..inyaALLAh..kita kena teru berusaha dan jangan malas..jatuh bangun tu..biasalah.." kata ummi.

Stelah berbual agak lama, kami meminta izin untuk pergi.Ummi pun memberikan kami sebungkus cendawan dan sedikit tepung untuk dibawa pulang. Begitu terharu kami rasakan..Sbelum berangkat pergi, kami bersetuju untuk memberikan batch palestin kepada Ummi sbgai cendera hati.
"mak cik tahu tak ape tu palestin??" tanya kak aisyah

"em...em..negara islam yang kat sana tu.."kata Ummi

"em..macam yang kita tahu, palestin ni kan negara islam dan sekarang ditindas oleh orang israel..jadi kita kena tahu tuntang tu dan selalu mendokan mereka" kata kak aisyah.

"Kita xmampu untuk berperang, tapi kita hanya mampu untuk berdoa" sambung akhawat seorang lagi

"Lagipun doa kan senjata orang islam" kata seorang lagi akhawat.

"Ummi selalu tak cakap pasal palestim??" tanya kak aisyah

"em..selalu jugak..kadang-kadang bila Ummi tengok Tv, Ummi cakplah kat anak-anak..apelah orang israel ni..jahat sungguh" kata Ummi

Kemudian salah seorang akhawat meminta untuk mengambil gambar.Selesai sesi mengambil gambar dan bertukar nombor telefon, ummi mengajak kami untuk datang lagi, katanya ingin mengajar buat sos sendiri untuk cicah cendawan goreng..tak sabar rasanya..keberangkatan kami disambut dengan perasaan girang..semoga kami dapat melangkah kaki ke rumah itu lagi..INSYAALLAH, doakan kami..moga ukhuwah terus berkekalan ^.^


BUAT: SAHABAT2 YANG PERGI DAN XDAPAT PERGI KE KONSIS ZON TENGAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Azree Hanifiah said...

Alhamdulillah. Report yang ini yang terpilih sebagai report terbaik.

Contoh report yang terbaik adalah hadis Nabi. Dalam hadis Nabi ada banyak dialog dan jalan ceritanya juga jelas.

Dan rasanya report yang inilah yang saya rasa paling terbaik antara report yang lain.

Unknown said...

salam perjuangan...

betapa beruntungnya siapa yang dapat join konsis...

Ummi Ammar said...

alhamdulillah..

repot n gerak kerja ni hasil usaha SEMUA AKHAWAT dlm group ana, ana hanya memaparkan..