plumrose

button

seorg daie ilallah xseharusnya mengenal erti berputus asa...

Saudaraku,

Janganlah berputus asa, kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kemarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.

Allah berfirman : “Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), dan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Firaun dan Haman serta tenteranya apa yang selalu mereka khawatirkan dari mereka itu.”

(al-Qashah: 5-6)

Putaran waktu akan memperlihatkan kepada kita peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan peluang kepada kita untuk beramal. Dunia akan melihat bahawa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan dan kedamaian yang dapat menyembuhkan umat dari rasa sakit yang tengah dideritanya. Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia, kerana bumi tetap akan berputar dan kejayaan itu akan kembali kepada kita. Hanya Allahlah harapan kita satu-satunya.

Bersiap-siaplah dan beramallah, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana boleh jadi engkau tidak boleh beramal apa apa esok hari.

Kita memang harus menunggu putaran waktu itu tetapi kita tidak boleh berhenti. Kita harus terus beramal dan terus melangkah kerana kita memang tidak mengenal kata “berhenti’ dalam berjihad.

Allah berfirman : “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar-benar akan kami tunjukkan jalan-jalan Kami.”

(al-Ankabut : 69)

Hanya Allahlah Zat yang Maha Agung, bagiNya segala puji.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: