plumrose

button

pesanan buat diri~from:mas fahri

Bismillahhirrahmanirrahim, Allahhumma
Solli wa Sallim wa Barik ‘ala Muhammad
wa ‘ala aali Muhammad.

Untuk saudari-saudari ahawaat yang
dikasihi. Di akhir zaman, perempuan
menjadi fitnah. Dia solehah juga menjadi
fitnah, dia yang su’ al-akhlaq juga…
lebih-lebih lagi menjadi fitnah. Posting
ini buat akhawat, perempuan-perempuan di
sekeliling saya. Tiap-tiap hari bila
buka surat khabar, berita-berita
berkaitan perempuan mengisi setiap
ruang. Luka hati saya.

Bila perempuan sudah naik tocang, dia
mula merosakkan lelaki…hilang segala
sifat mahmudah, malu sebagai benteng
diri. Bila perempuan baik, ada sahaja
perosak-perosak yang cemburukan
kebaikannya. Perosak dari kalangan jin
dan manusia.

Di kesempatan ini, saya ingin berpesan
kepada diri saya dan semua perempuan
saudari-saudari akhawaat saya yang
dikasihi. Peliharalah maruah diri.
Jangan terburu-buru dalam melepaskan
amarah. Berilah masa untuk diri
bertenang dengan zikrullah dan selawat.

Sambil merenung ke dalam diri, serahkan
diri kepada Allah sepenuhnya supaya kita
tidak sendiri. Allah yang maha perkasa
secara pasti tidak akan biarkan
hamba-hambanya. Apatah lagi perempuan,
sifat2 rahmah, syafaqah, yang
tersembunyi dalam diri perempuan bahkan
mendekatkan lagi Rahmat Allah kepada-Nya.

Walaupun banyak suami tidak menghargai
perempuan, saya berharap sangat2…akhawat
semua tidak terburu-buru. Saya yakin
kalian akan temui ketenangan di dalam
masalah dan kepedihan itu sendiri.
Ubatnya pasti ada di dalam penderitaan itu.

Saya menulis kerana sahabat saya yang
berkali-kali dihancurkan hatinya.
Lelaki-lelaki yang terlalai daripada
tanggungjawab, tidak sedar pengorbanan
dan kasih sayang isteri. Menangis di
tengah malam, di bahu saya. Apa yang
saya dapat lakukan? Taekwando? Karate?
Aikido? Berkesankah semua itu? Nak pergi
belasah kah? Sebelum belasah,
tulang-tulang saya dulu yang akan patah,
dikerat-kerat 18. Kenapa lelaki-lelaki
terlupa kepada nikmat yang ada.
Mengintai sesuatu di dalam kawasan
larangan. Saya tidak ada kata-kata lagi.
Saya cuma mendoakan dia semakin dekat
dengan Allah. Dan Allah pasti takkan
hampakan hambanya, yang faqir dan teraniaya.

Wahai perempuan semua, kita seumpama
air. Pilihlah mahu menjadi air yang
bagaimana. Adakah air yang keras,
menghentam dan memecahkan? Laksana
tsunami mengganas memusnahkan apa
sahaja? Atau kalian memilih menjadi air
yang lembut…menitis satu persatu lalu
melekukkan batu?

Sudah terbukti banyak dalam kisah hidup
manusia dahulu dan kini. Kelembutan bisa
melembutkan hati yang keras, dan
kekerasan bisa mengeraskan hati yang
lembut. Wahai isteri-isteri sekalian,
sabar merupakan senjata ampuh. Tak guna
kita menyebut kesabaran kita sudah
sampai ke kemuncaknya. Bersabarlah
terus…kerana di dalam sabar ada nikmat
yang tak terhingga. Kemanisan yang lebih
manis dari segala manisan di atas dunia.

Senyum dan ketawalah kepada masalah.
Walaupun ia sebesar dan seteguh Everest,
nescaya engkau akan dapati gunung
masalah itu tersenyum kepadamu, mengecil
dan mengecil lalu hilang. Seboleh
mungkin, pertahankan rumah tangga
kalian. Masalah-masalah dan konflik yang
dihadapi, tidaklah di luar pengetahuan
Allah. DIA MAHA TAHU!!! Rasionallah.
Kukuhkan kembali ikatan dan simpulan
hatimu dengan Allah. Masalah dan
penderitaanmu akan diselesaikan olehNya.
Tetapi ingat, janganlah kita
memaksa-maksa dan mengarahkan Allah
berbuat begini dan begitu. Kerana apa
yang Allah beri itulah yang terbaik.
Pintalah yang terbaik di sisi-Nya.
Berdoalah dengan penuh adab, jiwa hamba,
mengharap hanya padanya. Bertaubatlah
dari dosa-dosa.

Wahai perempuan-perempuan akhawaat
akhirah sekalian, leburkanlah dirimu di
dalam kesabaran menghadapi ujian. Kau
akan dapati di sana ada permata dan
berlian berharga yang tiada tara
nilaiannya. Tidak dapat dibeli oleh
seluruh langit dan bumi serta segala
isinya. Kau akan temui Redha-Nya, dan
kau juga akan meredhainya. Barulah kala
itu kau ketahui suami hanyalah satu
sebab atau alat memperolehi Cinta-Nya.

Wahai perempuan, pertahankan imanmu.
Gigitlah sunnah Rasul saw
sekuat-kuatnya. Tidak ada yang lebih
berharga dari iman, walau terpaksa kita
gadaikan segalanya. Semoga kita kekal di
atas landasan iman. Jangan bersedih
lagi, sekejap saja lagi, masalah akan
hilang. Kerana dunia ini sekejap sahaja.
Bittawfiq

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: